Jumat, 05 Oktober 2012
KESEMPATAN
AKU…. DAN DI SETIAP KESEMPATAN. Tidak ada waktu yang kosong begitu sahaja kecuali terisi namamu di hatiku. Engkau mengiringiku di waktu siang menjadikan hidupku terisi kesegaran. Engkau menemaniku di waktu malam menjadikan tidurku terisi kedamaian. Engkau menyirami kasihmu di sepertiga malam menjadikan aku bahagia dalam dakapan cintamu yang sempurna. Ya Rahman Ya Rahiim… ketahuilah bahawa ….di setiap kesempatan, seluruh rona jiwaku berzikirkan tasbih cintamu.
PERCAYA DIRI
AKU…. dan PERCAYA DIRI adalah perisai yang menangkis segala peluru kedukaan. Adalah benteng yang menghadang segala badai yang melanda pantai jiwa. Adalah pertahanan untuk membela diri dari segala rusuhan kepedihan. Sekuat mana angin melanda, tidak akan pernah ku serah diri kepada kekalahan dan putus asa. Sedalam mana laut bergelora, tidak akan pernah mengoyah kegembiraan hatiku. Sepanas mana api membara, tidak akan pernah menghangus kebahagiaan hidupku. Hanya Allah sahaja yang mampu menjadikan aku mengikut apa yang dikehendaki-Nya dan… AKU REDHA.
KEKURANGAN DIRI
AKU…. mengakui akan segala kekurangan yang ada pada diriku kerana aku bukan insan yang sempurna. Kekurangan-kekurangan itulah yang menjadi jalan pembuka kepadaku untuk mencapai segala impian dan cita-cita. Berusaha untuk mengisi segala kekurangan tersebut merupakan satu keberanian yang luar biasa. Semestinya aku harus menghargai diri sendiri terlebih dahulu kerana aku adalah insan yang dikurniakan akal dan ilmu oleh Allah swt. Terima kasih Tuhanku.
CINTA
AKU…. dan CINTA adalah milik Tuhan Yang Memberi Cinta kepadaku. Betapa mulia seseorang itu jika dia dicintai Allah. Aku ingin meraih cinta Tuhanku kerana apabila seseorang telah dicintai Allah, seluruh makhluk akan mencintainya. Kemudian Allah menjadikannya orang yang diterima dibumi. CINTA bagiku adalah suatu yang bernilai tinggi dan tidak akan dipersiakan. Cintaku adalah anugerah terindah dari Tuhanku. Allah Rabbul ‘Izzati.
RINDU
AKU…. dan RINDU PADAMU. Biarlah tidak semuanya terlihat, asal jelas wajahmu. Biarlah tidak semuanya terdengar, asal jelas suaramu. Namun aku akur, tidak semuanya aku perolehi di dunia ini. Hanya pertemuan di sana nanti dan harapan menunggu setiap waktu untuk bersamamu, WAHAI KEKASIHKU. Aamiin
HATI
AKU…. yang memiliki hati tidak akan pernah mengalah kepada kesakitan yang dilalui. Tidak akan menyerah kalah kepada cinta yang menguji. Tidak akan pernah rebah tika kegagalan memunculkan diri. Tidak akan pernah membodohkan diri untuk terus menangis kepada apa yang datang memiris naluri. Aku yang diberi hati … akan mengeras diri untuk menghadapi segala “hidangan” dari Ilahi berbekalkan iman, takwa dan akal budi. Lindungilah aku, Ya Allah dengan rahmat-Mu. Aamiin.
KARUNIA
AKU…. dan segala yang dikurniakan Allah, tidak akan mendustai nikmat yang diberikan. Apapun milik-Nya, akan ku terima dengan hati redha dan penuh syukur yang tak terhingga. Siapalah aku yang harus mempersoalkan kehendak-Nya atas apa yang diinginkan-Nya untuk berlaku kepadaku. Wahai Yang Memberi Hati, redhailah aku dengan payung rahmat-Mu setinggi tujuh tingkat langit. Berkatilah aku dengan siraman kasih-Mu seluas tujuh lautan. Ampunilah aku dengan keluasan sayangmu timur dan barat. Aku… hanya hamba-Mu yang lemah. Pandangilah aku, Ya Hasbi Rabbi. Jangan Engkau berpaling pada setiap kali aku MERINDUI-MU. Aamiin.
KETENANGAN HATI
AKU…. di minit begini, tanpa jemu memohon ketenangan yang menyejukkan mahligai hati. Tanpa jemu menenun kebahagiaan buat selimut jiwa yang kian menyusut cahayanya. Barangkali aku tidak mungkin memiliki sekeping hati yang ku biarkan mengembara dalam kesendiriannya. Hatiku hanya kepadamu kekasih.. Allahu Akbar.
RENCANA
AKU…. sangat bersyukur pada detik waktu yang selalu memalingkan arah dari satu tujuan ke satu tujuan tanpa rencana – SEBAB - rancangan yang tidak berencana itu ada kekaguman yang menghasilkan sebuah RINDU yang tak terlupakan. TERIMA KASIH YA ALLAH.
PERSAHABATAN
AKU…. dan kehidupan ini, menggambarkan perasaan di sudut kemesraan dalam persahabatan. Kini aku berlari, mencari dan menanti. Menghargai sekeping hati adalah AKU pada kehidupan ini. Tiada yang indah untuk ku tatapi, lantas yang indah itu telah dibawa pergi. Hidup ini dipenuhi dengan ribuan keindahan. Namun bagiku, engkaulah yang lebih indah dan manis dari segala-gala yang pernah aku miliki.
PERPISAHAN
AKU…. mengerti, alangkah mahalnya harga sebuah perpisahan. Selama ini aku tidak sempat merindu kerana kita tidak pernah berpisah. Tetapi… sekali aku menjauh, terlalu banyak yang ku ingat tentangmu. Masihkah kita perlu menyuluh matahari untuk mencari kewujudan cinta yang tersembunyi, yang malu memuncul diri dari lembah kasihnya. Ya Allah… dalam setiap kesempatan yang ada, aku sering berperang bersama perasaan yang selalu tewas di penghujung rindu.
SEJARAH
AKU…. adalah antara jutaan manusia yang hidup dalam sejarah tersendiri. Aku tidak akan pernah mengalah kepada apa yang ditempoh dalam mencapai cita-cita yang tidak bercanggah dengan ajaran agama meskipun aku harus mati melaluinya. Aku mesti menjadikan diri sebagai manusia yang berguna di dunia dan akhirat agar sejarah yang dilakar dapat aku banggakan di hadapan Tuhanku yang akan tersenyum dengan kesabaranku menghadapi gelombang hidupku. Terima kasih Ya Allah, selalu memerhati keperluanku saat aku memerlukan-Mu.
INDAH
AKU….. dan hari ini adalah hadiah terindah dari Tuhanku. Langit begitu biru, awan teramat putih, hutan terlalu hijau. Hidup boleh sedamai ini indahnya. Semuanya indah. Yang terindah dalam diriku adalah selalu dekat pada-MU. Tidak akan pernah berpaling dari-MU, walau ENGKAU mengujiku dengan sejuta rasa kepayahan. Hidupku dan matiku hanyalah semata-mata untuk-MU. Terima kasih Ya Allah, masih meminjamkan aku sekepul lagi nafas untuk menambah bekal akhiratku. Alhamdulillah.
SENYUM
AKU….. KEMBALI DENGAN SENYUMAN DAN KEKUATAN YANG AMPUH UNTUK MEREDAH SEGALA BADAI DAN MEREMPUH SEGALA RINTANGAN BAGI MENEMPUH DUNIA BARU YANG AKU SENDIRI BELUM TAHU HUJUNG PENGKALANNYA.
kebaikan
AKU…. yang selalu mengharapkan kebaikan dari Tuhanku dalam segala hal kehidupan. Syukurilah nikmat yang pernah dilampirkan dalam lipatan sejarah hidup ini. Perhatikan susur galurnya, dimanakah nikmat itu dihentikan dalam perjuangan merebut tempat kemuliaan di muka bumi. Subhanallah, semoga ada rezeki yang lebih luas untuk dikongsikan bersama baik berupa doa, harta, masa, tenaga, wang atau apa sahaja sebagai jalan menuju-Mu. Amiin.
hidup dan mati
AKU…. dan seluruh kehidupanku adalah milik Allah yang menghidup dan mematikan. Aku akan selalu belajar menjadi hamba yang mentaati perintah, menjauhi larangan-MU. Sentiasa memelihara hijabku untuk menyerlahkan keperibadian muslimah yang disyariatkan. Belajar makna kejayaan dari kegagalan. Kemanisan dari kepahitan. Kegembiraan dari kedukaan. Semoga jasad dan rohku, diredhai Allah untuk diterima di sisi-Nya nanti dalam kemuliaan dan rahmat-Nya yang agung. Aamiin. Ya Hayyu Ya Qayyum (Yang Maha Hidup dan Maha Mengurus).
bahagia
AKU…. selalu ingin berada dalam selubung kasih-Mu dan selimut cinta-Mu. Ya Aziz Ya Muhaimin….kurniakan damai yang indah membenam ranah segala gelisahku, anugerahkan bahagia yang ria membasuh segala deritaku dan hamparkan kasih cinta-Mu seluas lautan buatku menjana iman bagi membalut diri yang kehausan sayang-MU. Amiin. Ya Rahman Ya Rahim.
MEWANGI BUNGA DUNIA
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :
“Apabila umatku membesarkan dunia, dicabutlah daripadanya kebesaran Islam dan apabila dia meninggalkan amal ma’ruf nahi mungkar, diharamkan baginya akan keberkatan wahyu.” (Riwayat Tirmidzi)
AWAS ! Apabila hati kita sudah mula tersasar dan condong untuk mencintai dunia. Cinta dan membesarkan dunia. Segala-galanya untuk terus kekal di dunia. Seolah-olah tiada kematian esoknya. Segalanya dikorbankan untuk dunia. Dunia adalah segala-galanya. Malang sungguh jika kita berkeadaan demikian.
Cintakan wanita mengatasi cinta kepada Allah swt. Cinta kepada harta, lebih dijunjung daripada mencintai junjungan besar Muhammad saw. Cintakan hiburan dan permainan, lebih disanjung daripada membesarkan ilmu al-Quran dan al-Hadis. Segala-galanya kerana cinta. Demi cinta. Untuk cinta. Sungguh dan benar…..Cinta itu ternyata sungguh indah dan mengasyikkan.
Firman Allah swt dalam surah az-Zukhruf, ayat 36 -37 yang bermaksud :
“Barang siapa yang berpaling dari mengingati (Tuhan) Yang Pemurah, maka akan Kami tambatkan baginya syaitan dan syaitan itulah menjadi teman yang tidak terpisah dengannya. Syaitan itu menyimpang mereka dari jalan yang benar sedang mereka menyangka mereka berada dipihak yang mendapat petunjuk (pimpinan).”
Kebesaran Islam akan mula longgar, Ingatan kepada Tuhan kian pudar dan malap. Cinta kepada Rasul akan mula hilang. Ajaran baginda SAW tidak lagi menjadi panduan. Hidup tiada lagi pedoman dan hilang arah tujuan.
Kebaikan sudah ditelan kejahatan. Kejujuran dan amanah mula terkubur oleh pengkhianatan. Nafsu mulai menguasai akal dan ilmu. Iman terbang entah ke mana dan disia-siakan. Tiada lagi rasa malu kepada Allah swt yang menghalang manusia dari berbuat mungkar dan maksiat.
Tanpa belas kasihan, daging saudaramu diratah dengan peluru kebencian yang menerobos ke jantung hatinya, diperkosa dengan nafsu serakah yang merakus segala kesucian jiwanya, dimamah dengan belati kebejatan yang merobek segala keharmonian hidupnya. Dan.. tanpa belas ihsan, darah saudaramu dihirup penuh nikmat dalam kehausan yang tidak mengenal rasa dan perisa.
Segala keburukan sifat dan olah hasil kejahatan diri, mula terpalit membungkus kehidupan tubuh yang nantinya tidak akan mampu menghalang azab siksaan Allah. Perut diisi dengan air setan yang menjadi susur galur darah mengikut alirannya.
Tangan bergerak rakus menghitung daun-daun terup di atas meja kemusnahan punca kehidupan yang meranap rezekinya. Mulut berkepul dengan asap rokok yang memusnahkan jati diri kesegakan dengan melemaskan jiwa yang murni dan lestari alam semesta dalam hangus kehitaman.
Semakin jauh dari citra diri atas nama muslim yang beragama. Tanpa sedar menghina diri sendiri. Kaki bergerak pantas ke rumah pelacuran – tempat persinggahan bagi kemusnahan sifat kemanusiaan dan kemuliaan insani.
Atau apa sahaja aktiviti “gelap” yang terhasil oleh tingkah kebinatangan manusia, yang sudah hilang sifat malu sebagai khalifah yang sepatutnya menyemarakkan keharmonian dan kedamaian bumi. Yang telah dibekal dengan AKAL dan ILMU. Semua pertanggungjawaban ini akan dipersoalkan di hadapan Yang Maha Hakim. Tiada siapa yang akan terlepas. Tiada siapa yang akan dizalimi.

indah dan keindahan
AKU….. engkau dan dunia ini, selalu ada kenangan yang tersimpan dalam album ingatan. Kita sering mahukan hari yang cerah, indah dan segar. Tetapi Allah Maha Mengetahui. Hakikatnya hujan perlu diturunkan agar kita menyedari tidak semua keindahan itu milik kita. Kita sering inginkan kesenangan, jauh sekali kesusahan. Tetapi kesusahan itulah yang mengajar kita erti kekuatan dan ketabahan agar kita lebih beriman dan bertakwa kepada-NYA.

MUHASABAH DIRI
Tidak takutkah kita kepada Yang Empunya Hari Pembalasan ini ? Suatu hari, di mana kita tidak ada yang dapat membantu kecuali AMAL SOLEH. Kuatkah kita berhadapan dengan Yang Maha Perkasa dan menahan segala azab siksaan-NYA. Masya Allah. BERTAUBATLAH.
Firman Allah swt dalam surah al-Israa’, ayat 18 yang bermaksud :
“Barang siapa yang menghendaki kesenangan dunia (dengan cara maksiat), akan Kami segerakan kepadanya apa yang Kami kehendaki dan bagi sesiapa yang Kami kehendaki. Kemudian Kami sediakan baginya neraka Jahannam (di akhirat kelak) untuk membukanya dalam keadaan yang hina lagi tersingkir dari rahmat Allah.”
Maka, bagaimana keberkatan ilmu al-Quran dan al-Hadis itu dapat menyinggahi diri sebagai penyucian segala sifat insani yang boleh menjadi pendinding keramat di hari pertemuan dengan PEMILIKnya?
Jika kebodohan dan ketololan masih menjadi satu visi dan misi dalam minda tanpa memperdulikan kesan, akibat dan natijah dari kerakusan mencintai dunia ini. Bersedialah….dengan segala kelengkapan dan kekuatan untuk berhadapan dengan Yang Punya Hak. Persoalannya MAMPUKAH ?
Mari kita kembali kepada al-Quran dan al-Sunnah. Kedua-duanya adalah petunjuk sepanjang jalan. Permulaan garisannya adalah dunia, persimpangan jalannya adalah kematian dan penamat destinasinya adalah akhirat. Ambillah keberkatan wahyu Ilahi sebelum tiba masanya KITA dan DUNIA ini…. menemui ajalnya sendiri.

WAHAI PERHIASAN DUNIA
Kepada WANITA MUSLIMAH yang redha menjadikan Allah swt sebagai Rabbnya, Rasulullah saw sebagai suri teladannya dan Islam sebagai agama anutan yang diyakininya, maka selimutilah seluruh jiwamu dengan pakaian takwa dan selubung malu agar engkau terhindar dari sebarang kerosakan lahiriah dan rohaniah. Dunia hari ini tidak pernah mempedulikan siapakah engkau yang berjalan di atasnya. Maka bekalan iman menjadi keutamaanmu dalam menyelusuri kehidupan ini.
Jauhilah dirimu dari sifat-sifat wanita barat yang mewarisi segala sifat-sifat wanita zaman jahiliah. Mereka “BERPAKAIAN TETAPI BERTELANJANG” iaitu membuka segala kecantikan peribadi yang sepatutnya menjadi kebanggaan dan hanya direnungi penuh nafsu oleh yang berhak atas dirinya bukan ditelanjangi oleh sesiapa sahaja dengan mata yang tidak mengenal dosa. Malah berbangga mempamerkannya di mata dunia. Astaghfirullah.
Lepaskan seluruh pakaian kebiadaban milik mereka dari tubuhmu. Ayuh… selubungkan kesucian peribadimu mulai saat ini dengan pakaian iman yang murni setulus hati kepada Allah saw tanpa berbelah bagi. Kesannya, engkau akan menjadi wanita muslimah yang paling cantik peribadinya di dunia fana dan di dunia abadi

Langganan:
Komentar (Atom)